PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Pengawasan

LAPORAN SIASATAN DAN PEMANTAUAN AWAL KES KILANG MELETUP DI KAPAR

normuhamad 06/02/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAPORAN SIASATAN DAN PEMANTAUAN AWAL KES KILANG MELETUP DI KAPAR
Tahun
2025
Organisasi
JAS SELANGOR
Lokasi
KAPAR

Penerangan

20 Januari 2025, Kapar - Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor telah menerima makluman awal aduan kecemasan dari Bilik Kawalan JAS Ibu Pejabat mengenai kilang kimia meletup di Kapar. Aduan dibuat oleh pegawai polis IPD Klang Utara. Berdasarkan maklumat awal aduan, kilang yang meletup adalah PCI Innovative Chemicals Sdn. Bhd. Pasukan JAS Negeri Selangor tiba di lokasi pada jam 10.00pm, Setibanya di lokasi, pasukan menemui anggota polis dan bomba untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian. Maklumat dari Pos Kawalan Bomba (PKB) mengenai kilang yang meletup adalah Green Proposal Resources Sdn. Bhd. Pada jam 10.35 pm, pasukan Hazmat membuat penilaian di lokasi kejadian. Pasukan forensik polis Bukit Aman turut serta dalam siasatan kejadian. Wakil premis Green Proposal Resources turut berada di lokasi. Maklumat yang diperoleh kejadian disyaki berpunca daripada bahan buangan kimia pelbagai jenis (jumlah tak dapat ditentukan) yang diletakkan di dalam tank IBC di luar premis mengalami kebocoran. Faktor tindakbalas bahan kimia yang kuat disyaki telah menyebabkan letupan. Sebelum berlaku letupan pihak premis telah cuba mengambil tindakan pengaktifan ERP namun tidak sempat. Punca kejadian letupan masih dalam siasatan pihak JBPM dan Polis forensik. Wakil Bomba memaklumkan adalah tidak selamat untuk pegawai JAS menjalankan siasatan di dalam premis pada ketika itu memandangkan keadaan tapak premis dipenuhi oleh sisa kimia. Bomba mengesyorkan untuk JAS menjalankan siasatan pada esok pagi. Pihak kontraktor Green Proposal Resources akan menjalankan kerja-kerja pembersihan selepas pihak Hazmat Bomba selesai menjalankan kerja penilaian. Tiada bau busuk/kimia atau gas-gas meruap dikesan di sekitar premis yang meletup. Mengambilkira maklumat awal dari alat pengesan gas pasukan Hazmat mendapati keadaan ambien di kawasan sekitar adalah normal. Rondaan dijalankan di kawasan perumahan dan sekolah terdekat dengan jarak lebih kurang 1km dari lokasi kejadian. Rondaan mendapati tiada bau busuk/kimia dikesan. Syor siasatan lanjut unit PYDT terhadap premis pada hari berikutnya.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan