PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

LAWATAN TAPAK EIA BAGI CADANGAN PROJEK MENAIKTARAF LOJI RAWATAN KUMBAHAN SEDIA ADA

nasir.ibrahim 06/02/2025 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAWATAN TAPAK EIA BAGI CADANGAN PROJEK MENAIKTARAF LOJI RAWATAN KUMBAHAN SEDIA ADA
Tahun
2025
Organisasi
JAS JOHOR
Lokasi
SENAI

Penerangan

SENAI, 3 Februari 2025 – Unit Penilaian EIA, Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah menjalankan satu lawatan tapak EIA bagi cadangan projek yang tertaluk di bawah aktiviti di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan)(Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015 iaitu Jadual 1, Aktiviti 14(c)(i): Pembinaan loji pengolahan kumbahan dengan 20,000 kesetaraan populasi atau lebih. Cadangan projek seluas 2.02 ekar ini adalah untuk membina loji rawatan kumbahan Modul 2 dengan kesetaraan populasi sebanyak 15,000 PE dan jumlah keseluruhan kesetaraan populasinya adalah 30,000 PE bagi menampung pembangunan di kawasan sekitar tapak cadangan. Lawatan tapak ini turut dihadiri oleh wakil pihak Indah Water Konsortium, perunding dan penggerak projek. Tujuan lawatan ke tapak ini diadakan adalah untuk melihat guna tanah di sekeliling tapak cadangan, alam sekitar sedia ada dan keadaan semasa di tapak cadangan projek bagi tujuan verifikasi tapak dan pemprosesan laporan EIA sebelum di bincangkan dengan lebih lanjut di dalam mesyuarat EIATRC.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan