PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

OPERASI OPS GEMPUR BIL.1/2025 JAS KELANTAN

ayuni 06/02/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI OPS GEMPUR BIL.1/2025 JAS KELANTAN
Tahun
2025
Organisasi
JAS NEGERI KELANTAN
Lokasi
KOTA BHARU

Penerangan

3 Februari 2025, KOTA BHARU - Jabatan Alam Sekitar Kelantan bersama Jabatan Alam Sekitar Cawangan Gua Musang telah menjalankan operasi bersepadu iaitu Ops Gempur Bil.1/ 2025 pada 19 hingga 21 Januari 2025 ke atas premis-premis di Negeri Kelantan khususnya premis dalam kawasan Kota Bharu, Machang, Tanah Merah, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang. Dalam operasi ini sebanyak tiga pasukan dengan bilangan anggota penguatkuasa JAS seramai 6 orang terlibat secara langsung. Operasi kali ini telah berjaya membuat pemeriksaan ke atas 14 premis. Sebanyak 14 Arahan Lapangan telah dikeluarkan bagi mematuhi pengurusan buangan terjadual, peraturan efluen perindustrian, kumbahan dan peraturan udara bersih. Daripada pemeriksaan tersebut, didapati semua premis mematuhi peraturan yang ditetapkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Ops Gempur Bil.2/ 2025 ini adalah tindakan penguatkuasaan yang dijalankan oleh JAS untuk meningkatkan pematuhan oleh pihak industri supaya operasi di premis mereka adalah sentiasa mengikut kehendak perundangan dan memastikan kepentingan alam sekitar diberi perhatian serius. Pemantauan berterusan akan dijalankan bagi memastikan pematuhan berterusan premis industri terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-peraturan di bawahnya.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan