PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar

RONDAAN OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN SIASATAN ADUAN PEMBAKARAN TERBUKA OLEH PASUKAN RONDAAN JAS NEGERI KELANTAN

ayuni 04/02/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN SIASATAN ADUAN PEMBAKARAN TERBUKA OLEH PASUKAN RONDAAN JAS NEGERI KELANTAN
Tahun
2025
Organisasi
JAS KELANTAN
Lokasi
PASIR MAS

Penerangan

2 Februari 2025, Pasir Mas - Satu rondaan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan siasatan aduan pembakaran terbuka telah dijalankan oleh pasukan rondaan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kelantan di sekitar kawasan Pasir Pekan, Pasir Mas, dan Rantau Panjang. Hasil rondaan telah menemui longgokan kesan pembakaran terbuka pakaian terpakai di lokasi yang telah dikenal pasti sebagai kawasan tanah gambut Pasir Mas. Kejadian ini berpotensi mencemarkan udara dan menjejaskan kualiti persekitaran setempat. Selain itu, pembakaran terbuka di kawasan tanah gambut berpotensi menyebabkan pembakaran terbuka yang lebih serius, kerana tanah gambut mudah terbakar dan sukar dipadamkan sepenuhnya. Pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kelantan telah merekodkan maklumat berkaitan dan akan mengambil langkah selanjutnya untuk mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab serta memastikan tindakan pematuhan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. JAS Negeri Kelantan juga akan terus menjalankan pemantauan bagi memastikan kejadian sebegini dapat dicegah. Pihak JAS mengalu-alukan kerjasama orang ramai agar dapat sama-sama membanteras sebarang kegiatan jenayah alam sekitar. Aduan boleh dibuat di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau boleh menghantar aduan ke http://eaduan.doe.gov.my

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan