PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti

PENGARAH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI KEDAH MENERIMA KUNJUNG HORMAT PASUKAN GERAKAN AM (PGA) BRIGED UTARA

najmi 31/01/2025 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENGARAH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI KEDAH MENERIMA KUNJUNG HORMAT PASUKAN GERAKAN AM (PGA) BRIGED UTARA
Organisasi
JAS KEDAH
Lokasi
ALOR SETAR

Penerangan

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah, Puan Sharifah Zakiah Binti Syed Sahab telah menerima kunjung hormat daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara yang diketuai oleh ASP Ahmad Suhaili Bin Abu Bakar dan Insp. Amirul Aizad Bin Hassan Basri di Pejabat JAS Negeri Kedah. Perbincangan antara JAS dan PGA memberi penekanan kepada usaha memperkukuhkan kerjasama strategik dalam aspek pemantauan, kawalan dan penguatkuasaan ke atas kes-kes yang berpotensi mencemarkan alam sekitar di Negeri Kedah. Komitmen kedua-dua pihak adalah untuk meneruskan kerjasama erat bagi memastikan tindakan yang lebih berkesan dapat diambil terhadap sebarang aktiviti yang mencetuskan pencemaran alam sekitar, di samping mempertingkatkan keupayaan penguatkuasaan di lapangan. Kerjasama JAS dan PGA bukan sahaja mencerminkan kesepaduan antara agensi tetapi juga menjadi pemangkin kepada usaha melindungi alam sekitar demi manfaat generasi kini dan akan datang.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan