Penerangan
LAWATAN KERJA PENGARAH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI KEDAH KE JABATAN ALAM SEKITAR CAWANGAN SUNGAI PETANI
7 Januari 2025 - Sungai Petani, Kedah
Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah, Puan Sharifah Zakiah Binti Syed Sahab telah mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Alam Sekitar Cawangan Sungai Petani .
Lawatan kerja yang disertai oleh Mohd Nazri bin Ramli, Ketua Penolong Pengarah di JAS Kedah tersebut bertujuan meninjau suasana kerja di JAS Sungai Petani disamping membincangkan kes-kes senasa yang sedang dikendalikan oleh JAS Sungai Petani terutama yang melibatkan aduan-aduan awam supaya penguatkuasaan yang lebih tegas dan berkesan dapat dilaksanakan, khususnya yang melibatkan pengurusan buangan terjadual dan pencemaran udara.
Puan Pengarah turut menggariskan bahawa, selain dari penguatkuasaan berbentuk hukuman dan tindakan undang-undang, pihak JAS juga perlu terus memperkukuh kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan lain untuk memastikan tindakan yang lebih holistik dapat diambil terhadap pencemaran yang berlaku.
Puan Pengarah juga berkesempatan untuk menyemak penugasan yang diberikan kepada pelajar-pelajar institusi pengajian awam yang menjalani latihan industri dan ditempatkan di JAS Cawangan Sungai Petani bagi memastikan tugasan yang diberikan dan ilmu pengetahuan diperolehi sepanjang tempoh latihan industri dapat dimanafaat sepenuhnya oleh pelajar-pelajar tersebut.
Dengan penguatkuasaan yang lebih tegas dan sinergi antara jabatan serta masyarakat, harapan untuk memastikan alam sekitar yang lebih bersih, sihat, dan lestari akan dapat tercapai di negeri Kedah.