Penerangan
1 Februari 2025, Kota Bharu - Pasukan rondaan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kelantan telah menjalankan satu siasatan susulan aduan mengenai aktiviti pembakaran terbuka yang berlaku berhampiran Stesen Pengawasan Kualiti Udara di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Chat.
Hasil siasatan mendapati adanya kesan pembakaran terbuka rumput dan sampah di lokasi yang dikenal pasti. Aktiviti pembakaran dipercayai dilakukan oleh pemilik kandang lembu yang terletak di kawasan belakang sekolah. Jarak lokasi pembakaran terbuka dengan stesen pemantauan kualiti udara adalah lebih kurang 50 meter. Semasa siasatan dijalankan, tiada individu ditemui di lokasi kejadian. Tindakan penguatkuasaan akan dikenakan mengikut peruntukan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 sekiranya aktiviti ini berulang.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kelantan memandang serius sebarang salah laku alam sekitar. Orang awam yang mempunyai maklumat atau ingin membuat aduan boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2727 atau menghantar aduan secara dalam talian di http://eaduan.doe.gov.my.