RONDAAN DARAT BAGI OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) DAN PEMANTAUAN MELALUI DRON DI DAERAH KULIM, KEDAH
3 Januari 2025 – Kulim, Kedah.
Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Kulim telah menjalankan Rondaan Darat bagi Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) di kawasan Industri Kulim Hi-Tech, Kawasan Industri Kenyalang dan sekitarnya.
Pemantauan juga turut dijalankan di Pasar Awam Taman Kenari dan Industri- Industri kecil sekitar Jalan Putra bagi memastikan tiada aktiviti pembakaran terbuka.Rondaan turun dijalankan dikawasan - kawasan Taman Perumahan sekitar kulim seperti Taman Kenari, Taman Kulim utama dan projek - projek perumahan yang sedang dibina.
Pemantauan dijalankan bertujuan mengesan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan berlakunya pencemaran kepada alam sekitar dan risiko kesihatan kepada orang awam termasuk pembakaran terbuka, pelupusan haram buangan terjadual, pelepasan efluen dan pelepasan bendasing ke udara oleh premis-premis yang tidak mematuhi had yang telah ditetapkan oleh JAS.
Kesalahan pembakaran terbuka boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 29A, AKAS, 1974 dan sekiranya sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada dua puluh lima ribu ringgit (RM25,000.00) dan tidak melebihi satu juta ringgit (RM 1 juta) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima (5) tahun atau kedua-duanya sekali dan boleh dikenakan denda tambahan tidak melebihi lima ribu ringgit (RM 5,000.00) bagi tiap-tiap hari kesalahan itu dilakukan selepas suatu notis diserahkan atau boleh dikenakan kompaun dengan suatu jumlah wang tidak melebihi lima puluh peratus(50%) daripada denda maksimum.
Orang ramai adalah diminta untuk menyalurkan sebarang maklumat mengenai aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau emailkan kepada [email protected] atau ke portal aduan Jabatan Alam Sekitar, https://eaduan.doe.gov.my.
najmi 30/01/2025 0 paparan
Paparan Keseluruhan
Tajuk