PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Digital / Video

RONDAAN MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI NEGERI KEDAH SEMASA HARI CUTI MINGGUAN 04 Januari 2025 - Daerah Kota Setar, Pokok Sena, Kubang Pasu, Padang Terap, Pendang dan Yan Kedah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah giat menjalankan rondaan dan pemantauan pencemaran alam sekitar di semua kawasan di Negeri Kedah khususnya Kawasan Perindustrian Mergong, Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam, Kawasan Perindustrian Bandar Baru Darulaman , Kawasan Perindustrian Jabi, dan kawasan tapak pembinaan semasa hari cuti mingguan. Pemantauan ini bertujuan bagi mengesan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan berlakunya pencemaran kepada alam sekitar dan risiko gangguan kesihatan kepada orang awam berpunca daripada aktiviti pembakaran terbuka, pelupusan haram buangan terjadual, pelepasan effluen dan pelepasan bendasing ke udara oleh premis-premis yang tidak mematuhi had yang ditetapkan oleh JAS. Hasil rondaan dan pemantauan ini tiada pembakaran terbuka ditemui dan tiada kes-kes pencemaran dan kejadian yang tidak diingini dikesan. Nasihat, amaran dan edaran pamplet larangan pembakaran terbuka juga telah diberikan kepada orang awam di sekitar kawasan yang dironda tersebut. Komitmen berterusan Pasukan Penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah bagi membanteras punca - punca pencemaran seperti pelupusan haram buangan terjadual dapat dikawal dengan sepenuhnya pada tahap sifar bagi memastikan pematuhan yang baik demi kesejahteraan rakyat. Tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab dalam melakukan jenayah alam sekitar dan tidak mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Orang awam juga boleh menyalurkan maklumat dan melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 dan http://eaduan.doe.gov.my

najmi 30/01/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk

Subjek
JAS KEDAH
Tahun
2025
Tarikh Keluaran
30/01/2025
Bahasa
MY

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan