- Tajuk
- RONDAAN DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI NEGERI KEDAH SEMASA CUTI MINGGUAN
03 Januari 2025 - Daerah Kota Setar, Kubang Pasu, Yan dan Pendang.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah giat menjalankan rondaan dan pemantauan pencemaran alam sekitar di semua kawasan di Negeri Kedah khususnya kawasan perindustrian sekitar Alor Setar, Bandar Darulaman , Kawasan Perindustrian Jabi, Yan, Pendang dan kawasan sungai semasa cuti mingguan.
Pemantauan bertujuan untuk mengesan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan berlakunya pencemaran kepada alam sekitar dan risiko gangguan kesihatan kepada orang awam berpunca daripada aktiviti pembakaran terbuka, pelupusan haram buangan terjadual, pelepasan effluen dan pelepasan bendasing ke udara oleh premis-premis yang tidak mematuhi had pelepasan yang ditetapkan oleh JAS.
Tiada sebarang pembakaran terbuka dan pencemaran udara, air & buangan terjadual berlaku sepanjang pemantauan.
Peringatan telah diberikan kepada aktiviti berpotensi melakukan pembakaran di tapak pembinaan.
Orang awam juga boleh menyalurkan maklumat dan melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 dan http://eaduan.doe.gov.my.
- Tahun
- 2025
- Tarikh Keluaran
- 30/01/2025
- Bahasa
- MY