PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar

LAWATAN KERJA TUAN PENGARAH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI KELANTAN KE PREMIS-PREMIS DI SEKITAR LOJING, GUA MUSANG BAGI MENYEMAK STATUS PENGUATKUASAAN DAN PEMATUHAN TERHADAP SYARAT-SYARAT KELULUSAN LAPORAN PENILAIAN KESAN KEPADA ALAM SEKELILING (EIA).

ayuni 30/01/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAWATAN KERJA TUAN PENGARAH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI KELANTAN KE PREMIS-PREMIS DI SEKITAR LOJING, GUA MUSANG BAGI MENYEMAK STATUS PENGUATKUASAAN DAN PEMATUHAN TERHADAP SYARAT-SYARAT KELULUSAN LAPORAN PENILAIAN KESAN KEPADA ALAM SEKELILING (EIA).
Organisasi
JAS KELANTAN
Lokasi
GUA MUSANG

Penerangan

14 & 15 Januari 2025 , Tuan Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan, En Wan Aminordin bin Wan Kamaruddin diiringi Timbalan Pengarah En Mohamad Zamzani bin Ibrahim dan Ketua Cawangan JAS Gua Musang En Zaharizam bin Johny beserta lima (5) pegawai penguatkuasaan EIA telah melaksanakan lawatan kerja ke Lojing, Gua Musang. Tujuan lawatan kerja ini adalah bagi meninjau dan menyemak status pematuhan premis-premis tersebut terhadap syarat-syarat kelulusan laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekitar (EIA). Lokasi pertama yang dilawati adalah premis yang menjalankan Aktiviti Perlombongan di Mukim Ulu Nenggiri, Daerah Bertam, Jajahan Gua Musang, Kelantan Darul Naim. Lokasi kedua dan ketiga yang dilawati adalah premis yang menjalankan projek Penanaman Durian dan Sayur-sayuran di Mukim Sigar, Daerah Sigar, Jajahan Kecil Lojing, Gua Musang Kelantan. Hasil lawatan pemeriksaan tersebut, pihak premis telah diberi teguran agar sentiasa mematuhi syarat-syarat kelulusan laporan penilaian kesan kepada alam sekeliling dan Notis Arahan di bawah Seksyen 31 dan Seksyen 37, Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974. Pihak premis juga diberi amaran, jika pasukan penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan (Cawangan Gua Musang) mendapati terdapat perlanggaran Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 ini, tindakan tegas akan dikenakan kepada penggerak projek dibawah Subseksyen 31(3), Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974, jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit dan tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun (5) tahun atau kedua-duanya dan denda tambahan tidak melebihi satu ribu ringgit (RM 1,000.00) sehari bagi tiap-tiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas penyampaian notis.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan