PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar

PROGRAM PENGUATKUASAAN PUNCA BERGERAK JAS NEGERI KELANTAN

ayuni 30/01/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM PENGUATKUASAAN PUNCA BERGERAK JAS NEGERI KELANTAN
Tahun
2025
Organisasi
JAS KELANTAN
Lokasi
KOTA BHARU

Penerangan

26 Januari 2025, Kota Bharu - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kelantan melalui Unit Kenderaan Bermotor (UKB) telah menjalankan OPS AWASI di sekitar kawasan Jalan Kota Bharu - Kuala Krai pada 26 Januari 2025. Operasi yang bermula pada jam 9.00 pagi ini bertujuan untuk mengawal pencemaran udara yang berpunca daripada kenderaan bermotor. Sepanjang operasi dijalankan, sebanyak 7 buah kenderaan berenjin diesel yang disyaki mengeluarkan asap hitam berlebihan telah ditahan untuk pemeriksaan lanjut. Daripada jumlah tersebut, 1 kenderaan telah diberikan notis uji semula di bawah Seksyen 48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974). JAS Kelantan komited dalam memastikan pematuhan terhadap standard pelepasan asap kenderaan bagi mengawal pencemaran udara demi kesejahteraan masyarakat dan alam sekitar.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan