Penerangan
23 Januari 2025, Kota Bharu - Satu sesi libat urus telah diadakan antara Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kelantan dan kilang-kilang FGV Palm Industries Sdn. Bhd. (FGV PISB) di Negeri Kelantan. Tujuan sesi ini adalah untuk mengeratkan silaturahim antara pihak JAS dan pihak industri, bertukar pandangan mengenai isu-isu berkaitan alam sekitar dan membincangkan langkah-langkah pematuhan terhadap peraturan alam sekitar yang berkaitan dengan operasi kilang.
Beberapa perkara telah dibincangkan dalam sesi ini, termasuklah keperluan meningkatkan pematuhan kilang terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, cabaran yang dihadapi oleh kilang dalam pengurusan sisa buangan industri serta langkah-langkah penambahbaikan untuk meminimumkan kesan pencemaran alam sekitar.
Sesi ini telah berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama yang baik daripada semua pihak yang terlibat. Pihak JAS dan FGV PISB komited untuk terus bekerjasama dalam memastikan operasi kilang mematuhi keperluan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.