PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar

KUNJUNGAN HORMAT PASUKAN GERAKAN AM (PGA) BATALION 8, PENGKALAN CHEPA KE JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI KELANTAN

ayuni 30/01/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KUNJUNGAN HORMAT PASUKAN GERAKAN AM (PGA) BATALION 8, PENGKALAN CHEPA KE JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI KELANTAN
Tahun
2025
Organisasi
JAS KELANTAN
Lokasi
JAS NEGERI KELANTAN

Penerangan

22 Januari 2025, Kota Bharu - s Satu kunjungan hormat telah diadakan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 8, Pengkalan Chepa ke Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kelantan. Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuh kerjasama antara kedua-dua pihak dalam usaha membanteras isu penyeludupan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) yang semakin membimbangkan di negeri ini. Turut dibincangkan adalah cadangan pelaksanaan operasi bersama antara PGA dan JAS bagi menangani penyeludupan e-waste melalui sempadan negeri selain dari perkongsian maklumat mengenai kaedah pemantauan yang lebih berkesan bagi mengenal pasti laluan penyeludupan dan pihak yang terlibat. Sebagai melengkapkan lagi kerjasama, dibincangkan juga pemantapan tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 serta peranan PGA dalam membantu aspek keselamatan dan kawalan di lapangan. Kunjungan hormat ini telah berjaya mewujudkan kerjasama yang lebih erat antara PGA dan JAS dalam usaha menangani penyeludupan e-waste. Kedua-dua pihak komited untuk terus bekerjasama demi memastikan kelestarian alam sekitar di Negeri Kelantan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan