PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti

Ceramah Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) JAS Negeri Sarawak

charlie 30/01/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Ceramah Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) JAS Negeri Sarawak
Tahun
2025
Organisasi
JAS Negeri Sarawak
Lokasi
Kuching, Sarawak

Penerangan

Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak dengan kerjasama INTAN Kampus Wilayah Sarawak telah menganjurkan ceramah bertajuk ‘Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)’ yang telah disampaikan oleh Penolong Perunding Latihan INTAN Kampus Wilayah Sarawak, Puan Coloria anak Langgong secara hibrid iaitu fizikal dan atas talian pada 14 Januari 2025. Ceramah ini bertujuan sebagai langkah untuk memantapkan EKSA di jabatan ini serta memberikan pendedahan dan menambah pengetahuan kakitangan JAS Sarawak bagi mempraktikkan amalan EKSA. Antara pengisian ceramah tersebut adalah mengenai prinsip EKSA, komponen EKSA, peranan jawatankuasa EKSA, perancangan EKSA, dokumen EKSA. Sesi ceramah ini telah disertai oleh seramai 65 orang pegawai JAS Sarawak.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan