Penerangan
22 Januari 2025, KUCHING – Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sarawak, En John anak Rampai telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak (JBSNS), En Lamat anak Nyarau bertempat di Bilik Mesyuarat Santubong, JBSNS. Hadir sama Pn. Hafizah Dahlan, Penolong Pengarah Pembangunan Rakan Muda, Pn. Fatimah binti Abdul Rahman, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, serta pegawai-pegawai kanan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
Kunjungan hormat ini diadakan bagi memenuhi hasrat Bahagian Komunikasi Strategi, JAS Ibu Pejabat untuk membincangkan peluang kerjasama antara JAS Sarawak dan JBS Sarawak di antaranya termasuklah berbincang mengenai program-program kesedaran yang dilaksanakan oleh kedua-dua agensi dan meneliti potensi peluang untuk kerjasama dalam program kesedaran alam sekitar terhadap kumpulan sasar (belia-belia di Sarawak).
Kedua-dua Pengarah JAS Sarawak dan Pengarah JBS Sarawak berharap kerjasama baik antara kedua-dua agensi dapat dijalinkan secara berterusan.
Sesi kunjungan ini turut dihadiri oleh Ketua Bahagian Pembangunan, En Ts. Mirza Zainudin, En Ts. Mohd Aznor bin Lamat dan Cik Siti Zahirah binti Zahari.