- Tajuk
- KEMPEN KITAR SEMULA E-WASTE DAN PAMERAN KESEDARAN ALAM SEKITAR SEMPENA FESTIVAL HARI KANAK-KANAK 2024/2025 BERJAYA KUMPUL 457.8 KG.
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- PIBG Pusat Pendidikan Al-Ikram Pulau Pinang (PPAIPP).
- Lokasi
- Pusat Pendidikan Al-Ikram Pulau Pinang (PPAIPP).
- Diskripsi
-
KEPALA BATAS, 18 Januari 2025 – Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang telah mengambil bahagian dalam pameran dan turut menjalankan Kempen Kitar Semula E-Waste sempena Festival Hari Kanak-Kanak 2024/2025 di Pusat Pendidikan Al-Ikram Pulau Pinang (PPAIPP).
Festival tersebut turut dihadiri oleh Tuan Ketua Pegawai Eksekutif PPAIPP, Haji Ir. Mohamad bin Abdul Rahman, Pengetua dan Guru Besar Sekolah Menengah Islam Al-Ikram dan wakil dari JAS Pulau Pinang.
Kempen Kitar Semula E-Waste mendapat sambutan hangat dan telah berjaya mengumpulkan sebanyak 457.8 kilogram E-Waste dari pelbagai jenis peralatan seperti telefon bimbit, komputer riba,kipas dan barangan elektrik kecil yang tidak lagi digunakan atau telah rosak.
Inisiatif ini merupakan langkah proaktif dalam mendidik masyarakat tentang kepentingan menguruskan buangan elektik dan elektronik dengan betul, sekaligus mengurangkan pencemaran alam sekitar.
Festival ini bukan sahaja memberi tumpuan kepada kempen kitar semula, tetapi juga menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk kanak-kanak, seperti pertandingan mewarna, permainan interaktif, dan pertandingan E- Sport.
Dengan kejayaan kempen ini, pihak penganjur berharap agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan untuk meningkatkan lagi kesedaran tentang pemuliharaan alam sekitar dalam kalangan generasi muda dan masyarakat umum.