Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- Kempen Cegah Kebakaran di Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- JAS Negeri Sembilan
- Lokasi
- JAS Negeri Sembilan
- Diskripsi
- Persatuan Pencegah Kebakaran Kuala Lumpur atau Pertubuhan Pencegah Kebakaran Kuala Lumpur (PPKKL) telah mengadakan ceramah mengenai langkah-langkah pencegahan dan pemadaman kebakaran, serta pendedahan mengenai kes kebakaran yang berlaku mengikut perangkaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Sesi ini telah diadakan pada hari Jumaat, 24 Januari 2025 jam 9.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat JAS Negeri Sembilan dan dihadiri oleh warga JAS Negeri Sembilan.
Sesi yang julung kali diadakan di peringkat jabatan itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kakitangan. Sesi tersebut telah memberikan banyak pengetahuan dan perkongsian pengalaman berkaitan kejadian kebakaran dan kaedah pencegahan kebakaran awal. Sesi ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang keselamatan kebakaran dan menyemai semangat tanggungjawab untuk menjaga persekitaran kita, rumah kita dan orang tersayang daripada kejadian kebakaran.