Penerangan
18 JANUARI 2025 - Unit Kenderaan Bermotor Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan bersama Pasukan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai telah menjalankan Operasi Statik Bersepadu Penguatkuasaan Asap Petrol di Plaza Tol Nilai, Negeri Sembilan bermula jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.
Para pemilik kenderaan berenjin petrol adalah diingatkan supaya sentiasa memastikan kenderaan berada dalam keadaan yang baik dan mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Petrol) 1996, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
#jasn9
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama