Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- OPS BERSEPADU DIKETUAI IBU PEJABAT KONTINJEN (IPK) POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) JOHOR BERSAMA JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI JOHOR & AGENSI KERAJAAN
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- JAS JOHOR
- Lokasi
- JOHOR
- Diskripsi
- 23 JANUARI 2025, JOHOR - Tiga (3) Unit Penguatkuasaan Industri JAS Johor dan JAS Cawangan Pasir Gudang telah menyertai Ops Bersepadu PDRM iaitu Ops Mega Lusuh yang menyasarkan premis yang menjalankan aktiviti kitar semula di Daerah Johor Bahru dan Kulai.
Pihak JAS dengan kekuatan empat (4) pasukan dan 13 pegawai telah mengambil tindakan dibawah peruntukan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Pihak premis yang telah mendapat permit PDRM bagi aktiviti kitar semula barang lusuh hendaklah memastikan tiada buangan terjadual yang diterima.
Pihak PDRM telah mengambil tindakan dalam membuat intipan dan memberkas pekerja asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah mengambil tindakan dibawah bidang kuasa masing-masing.
Agensi terlibat adalah Ibu Pejabat Daerah (IPD) seluruh Johor yang menumpukan premis di Daerah Johor Bahru dan Kulai, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Majlis Bandaraya Johor Bahru, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Majlis Perbandaran Kulai, Pejabat Kesihatan Daerah Kulai, Tenaga Nasional Berhad dan syarikat telekomunikasi.