PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

OPS BERSEPADU PREMIS PEMBUATAN LOGAM, JAS JOHOR DAN MBPG

nasir.ibrahim 23/01/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPS BERSEPADU PREMIS PEMBUATAN LOGAM, JAS JOHOR DAN MBPG
Tahun
2025
Organisasi
JAS JOHOR
Lokasi
Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat
Diskripsi
TANJUNG LANGSAT, 21 Januari 2025 - Operasi Bersepadu telah dijalankan ke atas sebuah premis yang menjalankan aktiviti pembuatan logam di Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat melibatkan Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Cawangan Pasir Gudang dan Majlis Bandaraya Pasir Gudang. Objektif operasi ini adalah untuk menjalankan pemeriksaan serta memastikan pematuhan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. Pemeriksaan yang dijalankan mendapati pihak industri gagal mengambil langkah-langkah kawalan pelepasan pencemar udara dan pengurusan buangan terjadual. Arahan di lapangan telah dikeluarkan bagi pematuhan di bawah perundangan yang berkaitan. Pihak industri juga diingatkan supaya sentiasa memastikan sebarang pencemaran alam sekitar tidak berlaku yang boleh menjejaskan kesihatan awam.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan