- Tajuk
- OPERASI BUNYI BISING DARI KENDERAAN BERMOTOR OLEH JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (JASWPKL) DENGAN KERJASAMA JABATAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK (JSPT) IBU PEJABAT POLIS KONTINGEN KUALA LUMPUR
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- JASWPKL & JSPT IPK KL
- Lokasi
- Balai Polis Trafik Tun H.S.Lee, Kuala Lumpur
- Diskripsi
-
Kuala Lumpur, tarikh 16 Januari 2025 – Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) telah mengadakan Operasi Bunyi Bising Kenderaan Motor di Balai Polis Trafik Tun H.S.Lee, Kuala Lumpur.
Operasi bunyi bising yang disertai oleh 7 orang penguatkuasa JAS WPKL dengan kerjasama dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasan Trafik (JSPT), Ibu Pejabat Polis Kontingen Kuala Lumpur ini diadakan bagi penguatkuasaan pelepasan bunyi bising daripada motosikal. Sebanyak 14 buah kenderaan telah diuji bagi memastikan pemilik dan pengguna kenderaan bermotor mematuhi paras bunyi bising yang telah ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor), 1987, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Daripada 14 buah kenderaan yang telah diuji, sebanyak 3 kompaun dibawah per.4 Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor), 1987, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan 4 Notis Arahan di bawah Seksyen 48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah dikeluarkan.
Operasi penguatkuasaan ini diadakan bagi memastikan pemilik dan pengguna kenderaan bermotor sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Pemilik dan pengguna kenderaan bermotor diingatkan untuk sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya dan sebarang ketidakpatuhan terhadap perundangan tersebut akan diambil tindakan tegas dan sewajarnya.