Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- DUA (2) BUAH PREMIS DIKENAKAN TINDAKAN PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- JAS JOHOR
- Lokasi
- PONTIAN
- Diskripsi
- 20 JANUARI 2025, PONTIAN, JOHOR - Pasukan penguatkuasa Unit Penguatkuasaan Industri (JB Barat) telah membuat siasatan di premis berasaskan getah setelah menerima aduan awam berkaitan pengoperasian sistem pengolahan efluen perindustrian (SPEP).
Tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) dikenakan kepada dua (2) premis yang memasang paip by-pass dan gagal menyediakan lukisan kejuruteraan untuk disemak. POK di bawah Seksyen 38a(1)(a) di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah diambil dan premis diarahkan mengemukakan Pemberitahuan Bertulis semula dan memastikan komponen SPEP didalam keadaan yang baik.
Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan sebarang pencemaran alam sekitar tidak berlaku yang boleh menjejaskan kesihatan awam.