PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

RANGKUMAN OPS YANG DIJALANKAN JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI JOHOR SEPANJANG TAHUN 2024

nasir.ibrahim 22/01/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RANGKUMAN OPS YANG DIJALANKAN JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI JOHOR SEPANJANG TAHUN 2024
Organisasi
JAS JOHOR
Lokasi
JOHOR
Diskripsi
2024, JOHOR - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor terdiri daripada lima (5) Cawangan dan empat (4) Unit Penguatkuasaan telah menjalankan 13 siri Ops terdiri daripada Ops Lembangan dan Ops Gempur meliputi kawasan-kawasan industri, premis yang dilesenkan oleh JAS dan juga loji-loji kumbahan diseluruh Johor. Sepanjang tahun 2024, 530 premis yang tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (PPKAS) seperti PPKAS (Efluen Perindustrian) 2009, PPKAS (Udara Bersih) 2014, PPKAS (Buangan Terjadual) 2005, PPKAS (Kumbahan) 2009, PPKAS (Kawalan Pencemaran Daripada Stesen Pemindahan Sisa Pepejal dan Kambus Tanah) 2009 dan juga tidak terkecuali premis yang dilesenkan oleh JAS iaitu PYDT jenis Buangan Terjadual, Kilang Kelapa Sawit dan juga Kilang Getah. Sepanjang 13 siri Ops yang dijalankan, 482 premis telah diberikan Arahan Lapangan,182 premis telah dikenakan tindakan Notis Arahan dan 21 premis dikenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK). Sebanyak 413 syor kompaun diatas pelbagai kesalahan di bawah PPKAS berjumlah RM 826,000.00. Di samping Penguatkuasaan terhadap premis, JASNJ juga memberi khidmat nasihat dan juga seminar bagi memastikan semua OYB menjalankan tugas bagi memastikan pengurusan aspek alam sekitar diberikan keutamaan. JASNJ komited memastikan tahap pematuhan oleh pemain industri tinggi dan bukan hanya menyumbang hasil pelaburan kepada negara tetapi memastikan kelestarian alam terjaga seiring dengan hasrat NRES.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan