Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PENGAUDITAN (LAWATAN TAPAK) TERHADAP PENGURUSAN PELUPUSAN SISA PEPEJAL DAN SISA INDUSTRI OLEH JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA DI NEGERI JOHOR
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- JAS JOHOR
- Lokasi
- JOHOR
- Diskripsi
- 13-17 JANUARI 2025, JOHOR BAHRU: Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah menerima delegasi Jabatan Audit Negara Malaysia (JANM) bagi melaksanakan lawatan tapak ke atas lima (5) Tapak Pelupusan Sampah dan satu (1) Stesen Pemindahan Sisa Pepejal serta dua (2) Stesen Pengawasan Kualiti Air Tanah susulan daripada pemeriksaan dokumen pada 20 November 2024 yang lepas.
Delegasi JANM diketuai oleh En. Muhammad Farith Naquim bersama dua (2) pegawai. Lawatan dan Penguatkuasaan ke atas Tapak Pelupusan Sampah di bawah skop bidangkuasa Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 juga dihadiri oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara Ibu Pejabat dan SWCorp Sdn. Bhd Ibu Pejabat serta wakil konsesi yang dilantik bagi mengoperasikan Tapak Pelupusan Sampah dan tapak yang masih dalam pembinaan.
Pemeriksaan dan pengauditan tapak dijalankan oleh pihak JANM di lokasi seperti dibawah yang melibatkan lebih 30 Pegawai JASNJ daripada empat (4) Unit dan tiga (3) Cawangan.
1. Tapak Pelupusan Sanitari (TPS) Seelong
2. Stesen Pemindahan Sisa Pepejal Pekan Nenas (Dalam Pembinaan)
3. Tapak Pelupusan Batu 4
4. Stesen Pengawasan Kualiti Air Tanah Batu 4
4. Tapak Pelupusan Ladang CEP
5. Stesen Pengawasan Kualiti Air Tanah Ladang CEP
5. Tapak Pelupusan Maokil
6. Tapak Pelupusan Sanitari Bukit Payong (Dalam Pembinaan)
Persampelan juga dilaksanakan di takat pelepasan akhir Leachate Treatment Plant (LTP) TPS Seelong dan TP Ladang CEP serta kedua-dua stesen pengawasan kualiti air tanah.