PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Kesedaran

KEMPEN KITAR SEMULA E-WASTE

kaswadi 22/01/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KEMPEN KITAR SEMULA E-WASTE
Tahun
2025
Organisasi
PIBG PUSAT PENDIDIKAN AL-IKRAM PULAU PINANG
Lokasi
PUSAT PENDIDIKAN AL-IKRAM PULAU PINANG
Diskripsi
Program sempena Festival Hari Kanak-kanak 2024/2025 telah diadakan pada 18 Januari 2025, hari Sabtu, bermula jam 8 pagi hingga 1 tengah hari. Program ini bertujuan meraikan kanak-kanak sempena sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia, dengan pelbagai aktiviti menarik yang dianjurkan untuk mendekatkan generasi muda kepada mesej kesedaran alam sekitar. Jabatan Alam Sekitar (JAS) turut dijemput untuk menyertai program ini dengan mengadakan pameran informatif dan kempen kitar semula e-waste. Melalui aktiviti ini, JAS berharap dapat meningkatkan kesedaran kanak-kanak dan masyarakat mengenai kepentingan mengurus sisa elektronik dengan cara yang lestari demi kelestarian alam sekitar.