Penerangan
SESI TEMUBUAL BERSAMA PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA KAMPUS ANTARABANGSA LABUAN (UMSKAL) BERKAITAN KAJIAN PENGGUNAAN SISTEM DIGITAL JAS LABUAN TAHUN 2025
15 Januari 2025, Wilayah Persekutuan Labuan (WPL)- JASWPL telah menerima kunjungan 5 orang pelajar daripada UMSKAL di JASWPL.
Kunjungan ini bertujuan untuk membuat penyelidikan tentang sistem yang digunakan oleh JASWPL bagi tujuan kesedaran atau penguatkuasaan di WP Labuan. Pelajar juga meminta pendapat pegawai JASWPL bagi penambahbaikkan sistem yang akan dihasilkan oleh pelajar tersebut.
JASWPL merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pelajar UMSKAL, WPL di atas kunjungan yang bermanfaat ini. Semoga usaha murni ini diberkati-Nya demi kelestarian alam sekitar.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaswplabuan
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jaswplabuan_januari_2025