PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Mesyuarat

MESYUARAT BAGI PROGRAM MASJID LESTARI-HAB KELESTARIAN ALAM SEKITAR NEGERI PERAK SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA (HASN) TAHUN 2025

maizah 22/01/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MESYUARAT BAGI PROGRAM MASJID LESTARI-HAB KELESTARIAN ALAM SEKITAR NEGERI PERAK SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA (HASN) TAHUN 2025
Tahun
2025
Organisasi
JAS PERAK
Lokasi
JAS PERAK
Diskripsi
15 Januari 2025, Ipoh- satu Mesyuarat Program Masjid Lestari-Hab Kelestarian Alam Sekitar Negeri Perak sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2025 yang dipengerusikan oleh Dato’ Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak, YBrs. Dato’ Ts. Dr. Hj. Mohammad Ezanni Bin Mat Salleh. Turut bersama hadir dari Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) dan masjid-masjid dari seluruh negeri Perak bagi membincangkan pelaksanaan program yang bakal berlangsung. Penganjuran program ini adalah untuk meletakkan tanggungjawab pengurusan dan pelupusan sisa-sisa buangan di peringkat komuniti setempat bagi mendidik masyarakat selari dengan Tema Hari Alam Sekitar Negara - “Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama”. Program Masjid Lestari-Hab Kelestarian Alam Sekitar Negeri Perak akan melancarkan dua (2) Pertandingan iaitu: 1. Pertandingan Pengumpulan Sisa Elektrik dan Elektronik (E-Waste) di Masjid-Masjid Negeri Perak. 2. Kempen “Hindari Plastik Sekali Guna“ dan Pertandingan Pengumpulan Sisa-Sisa Plastik di Masjid-Majid Negeri Perak. Pihak Jabatan mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama padu dari pihak Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) ke arah menjayakan sambutan HASN Tahun 2025. Semoga masjid-masjid di Negeri Perak terus melestarikan alam sekitar. #NRES #hariozonsedunia2025 #Beatplasticpollution #jabatanalamsekitar #jasperak_januari2025 #Harialamsekitarsedunia #alamsekitartanggungjawabbersama #perakbumilestari