PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Pengawasan

RONDAAN PEMANTAUAN PENCEMARAN DAN PEMBAKARAN TERBUKA OLEH JAS NEGERI SELANGOR - SEPANG

normuhamad 22/01/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN PEMANTAUAN PENCEMARAN DAN PEMBAKARAN TERBUKA OLEH JAS NEGERI SELANGOR - SEPANG
Tahun
2025
Organisasi
JAS Selangor
Lokasi
SEPANG
Diskripsi
29 Disember 2024, Sepang – Pegawai Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor Cawangan Sepang telah menjalankan rondaan dan pemantauan di kawasan sekitar Daerah Sepang iaitu Jalan Salak Tinggi, Kota Warisan, Serenia, Jalan Dengkil - Cyber, Jalan Cyberjaya - Puchong, Taman Perindustrian Tasik Perdana, Taman Perindustrian Mas, Kawasan Perindustrian Meranti Permai, Kawasan Industri D@25, Taman Perindustrian Putra, Aman Putra dan Putra Perdana. Hasil pemantauan mendapati terdapat premis yang beroperasi dan tidak beroperasi pada hujung minggu. Tiada aktiviti pencemaran dan aktiviti pembakaran terbuka dikesan di sekitar kawasan rondaan. Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang di Jalan Industri Mas 6 sebagai peringatan kerana terdapat longgokan sisa sampah yang dikhuatiri boleh menyebabkan pembakaran terbuka. Pemantauan dari masa ke semasa akan terus dijalankan. JAS Selangor berharap orang ramai dapat melaporkan kes-kes pencemaran kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) di talian bebas tol: 1-800-88-2727 atau melalui e-aduan di [email protected]. Orang ramai juga boleh melaporkan kes-kes yang melibatkan pembakaran terbuka kepada Jabatan BOMBA dan Penyelamat di talian 999 atau talian bebas tol 1-800-88-994 dan SMS 03-88880964.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan