PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Pengawasan

RONDAAN PEMANTAUAN PENCEMARAN DAN PEMBAKARAN TERBUKA OLEH JAS NEGERI SELANGOR - SABAK BERNAM

normuhamad 22/01/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN PEMANTAUAN PENCEMARAN DAN PEMBAKARAN TERBUKA OLEH JAS NEGERI SELANGOR - SABAK BERNAM
Tahun
2025
Organisasi
JAS Selangor
Lokasi
Sabak Bernam
Diskripsi
29 Disember 2024, Bestari Jaya – Pegawai Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor Cawangan Sabak Bernam telah menjalankan rondaan dan pemantauan di Kawasan Perusahaan Suria dan Jalan Kilang, Bestari Jaya. Hasil pemantauan mendapati terdapat premis yang beroperasi dan tidak beroperasi pada hujung minggu. Pelepasan efluen telah dikesan dari longkang pelepasan akhir di salah satu premis. Tiada aktiviti pencemaran dan pembakaran terbuka dikesan di premis sekitar kawasan rondaan. Pemantauan dari masa ke semasa akan terus dijalankan. JAS Selangor berharap orang ramai dapat melaporkan kes-kes pencemaran kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) di talian bebas tol: 1-800-88-2727 atau melalui e-aduan di [email protected]. Orang ramai juga boleh melaporkan kes-kes yang melibatkan pembakaran terbuka kepada Jabatan BOMBA dan Penyelamat di talian 999 atau talian bebas tol 1-800-88-994 dan SMS 03-88880964.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan