Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- RONDAAN MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR NEGERI SELANGOR - SHAH ALAM SELATAN
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- JAS Selangor
- Lokasi
- Shah Alam
- Diskripsi
- 29 Disember 2024 - Shah Alam, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor giat menjalankan rondaan dan pemantauan pencemaran alam sekitar di semua kawasan di Negeri Selangor khususnya di kawasan perindustrian dan komersial di sekitar kawasan Shah Alam Selatan semasa hari cuti mingguan.
Pemantauan ini bertujuan bagi mengesan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan berlakunya pencemaran kepada alam sekitar dan risiko gangguan kesihatan kepada orang awam berpunca daripada aktiviti pembakaran terbuka, pelupusan haram buangan terjadual, pelepasan effluen dan pelepasan bendasing ke udara oleh premis-premis yang tidak mematuhi had yang ditetapkan oleh JAS.
Hasil rondaan dan pemantauan ini tiada pembakaran terbuka ditemui dan tiada kes-kes pencemaran dan kejadian yang tidak diingini dikesan. Jas Negeri Selangor komitmen bagi membanteras punca - punca pencemaran seperti pelupusan haram buangan terjadual dapat dikawal bagi memastikan pematuhan yang baik demi kesejahteraan rakyat.
Tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab dalam melakukan jenayah alam sekitar dan tidak mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya.
Orang awam juga boleh menyalurkan maklumat dan melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 dan