PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

LAWATAN TAPAK EIA BAGI CADANGAN PROJEK PERUMAHAN DAN PERDAGANGAN DI JALAN KULAI – KOTA TINGGI, DAERAH KULAI

nasir.ibrahim 22/01/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAWATAN TAPAK EIA BAGI CADANGAN PROJEK PERUMAHAN DAN PERDAGANGAN DI JALAN KULAI – KOTA TINGGI, DAERAH KULAI
Tahun
2025
Organisasi
JAS JOHOR
Lokasi
KOTA TINGGI, DAERAH KULAI
Diskripsi
KULAI, 9 Januari 2025 – Unit Penilaian EIA, Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah menjalankan satu lawatan tapak EIA bagi cadangan projek yang tertaluk di bawah 3 aktiviti di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan)(Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015 iaitu Jadual 1, Aktivit1 14(c)(i): Pembinaan loji pengolahan kembahan dengan 20,000 kesetaraan populasi atau lebih, Aktiviti 16: Pembangunan perumahan yang meliputi kawasan seluas 50 hektar atau lebih dan Aktiviti 18: Pembinaan bandar baharu yang terdiri daripada 2,000 unit kediaman atau lebih yang meliputi kawasan seluas 100 hektar atau lebih. Cadangan projek ini berkeluasan 435.233 hektar (1,075.483 ekar) yang merangkumi 11,920 buah rumah, 2,505 buah Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) dan 613 buah unit perniagaan dan komersial. Lawatan tapak ini turut dihadiri oleh wakil pihak perunding dan penggerak projek. Tujuan lawatan ke tapak ini diadakan adalah untuk melihat guna tanah di sekeliling tapak cadangan, alam sekitar sedia ada dan keadaan semasa di tapak cadangan projek bagi tujuan verifikasi tapak dan pemprosesan laporan EIA sebelum di bincangkan dengan lebih lanjut di dalam mesyuarat EIATRC.