Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- LAWATAN TAPAK EIA BAGI CADANGAN PROJEK PEMBANGUNAN BERCAMPUR DI MUKIM PLENTONG, DAERAH JOHOR BAHARU
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- JAS JOHOR
- Lokasi
- JOHOR BAHRU
- Diskripsi
- JOHOR BAHRU, 1 Januari 2025 – Unit Penilaian EIA, Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah menjalankan satu lawatan tapak EIA bagi cadangan projek yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan)(Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015 iaitu Jadual 1, Aktiviti 16: Pembangunan perumahan yang meliputi kawasan seluas 50 hektar atau lebih dan Aktiviti 18: Pembinaan bandar baharu yang terdiri daripada 2,000 unit kediaman atau lebih yang meliputi kawasan seluas 100 hektar atau lebih. Komponen projek ini merangkumi 1339 buah rumah mewah, 958 buah Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) dan 90 buah unit perdagangan.
Lawatan tapak ini turut dihadiri oleh wakil pihak perunding dan penggerak projek. Tujuan lawatan ke tapak ini diadakan adalah untuk melihat alam sekitar sedia ada dan keadaan semasa di tapak cadangan projek tersebut bagi tujuan verifikasi tapak dan pemprosesan laporan EIA.