Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- OPERASI BERSEPADU PEMERIKSAAN KENDERAAN BERMOTOR JAS PERAK
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- JAS DAN PDRM
- Lokasi
- TAIPING
- Diskripsi
- 09 Januari 2025, Taiping - Operasi Bersepadu bagi Pemeriksaan Kenderaan Bermotor telah dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak dengan kerjasama Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Taiping bertempat di KM 81, Jalan Butterworth - Ipoh.
Ops bersepadu ini telah mengeluarkan sebanyak 5 kompaun kepada pemilik kenderaan atas kesalahan melepaskan asap hitam melebihi had yang dibenarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996 dan 5 notis Arahan Ujian Semula di bawah Seksyen 48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kepada pemilik kenderaan yang tidak patuh.
Pemilik kenderaan adalah diingatkan supaya kenderaan berkeadaan baik dan mematuhi undang-undang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
#NRES
#hariozonsedunia2025
#Beatplasticpollution
#jabatanalamsekitar
#jasperak_januari2025
#Harialamsekitarsedunia
#alamsekitartanggungjawabbersama
#perakbumilestari