PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Bengkel

BENGKEL MEMBINCANGKAN LAPORAN KEMAJUAN PROGRAM DATA ALAM SEKITAR TAHUN 2024/2025

rosmanyah 09/01/2025 4 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
BENGKEL MEMBINCANGKAN LAPORAN KEMAJUAN PROGRAM DATA ALAM SEKITAR TAHUN 2024/2025
Tahun
2024
Organisasi
Bahagian Air dan Marin
Lokasi
Opero Hotel Southkey, Johor Bahru
Diskripsi
Bengkel ini diadakan untuk membincangkan laporan kemajuan Program Data Alam Sekitar yang telah dilaksanakan bagi tempoh Jun 2024 hingga Disember 2024. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Nor Yahati binti Awang, Timbalan Ketua Setiausaha (Kelestarian Alam), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam. Turut hadir ialah YBrs. Dr. Norhazni binti Mat Sari, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Puan Roslinda binti Ulang, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Alam Sekitar (NRES), Pengarah Bahagian Air dan Marin, Pengarah Bahagian Penilaian serta Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor. Bengkel ini juga dihadiri oleh 100 pegawai daripada pelbagai kementerian, jabatan, dan agensi di bawah Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Johor. Pengisian bengkel merangkumi pembentangan laporan kemajuan yang telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pemantauan Kualiti Air Marin, Jawatankuasa Pengurusan dan Pemantauan Data, Jawatankuasa Pemantauan Ekologi serta Jawatankuasa Pemantauan Morfologi. Selain itu, JAS turut menjemput agensi-agensi seperti Jabatan Peguam Negara, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, Jabatan Perikanan Malaysia, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, BPENJ, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Badan Kawal Selia Johor dan Jabatan Perikanan Negeri Johor untuk menyampaikan pembentangan mengikut bidang tugas masing-masing. Rumusan bengkel telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Profesor Emeritus Dato’ ChM. Dr. Mazlin bin Mokhtar, Ketua Program, Jawatankuasa Program Data Alam Sekitar. Penutupan bengkel pula telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Norhazni binti Mat Sari, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), JAS.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan