- Tajuk
- PROGRAM LAWATAN KERJA KE SUNGAI SEGGET REJUVENATION PROJECT DAN REGIONAL SEWAGE TREATMENT PLANT SUNGAI SEGGET, JOHOR BAHRU
- Tahun
- 2024
- Organisasi
- Bahagian Air & Marin
- Lokasi
- Johor
- Diskripsi
- Sesi lawatan kerja ini telah diketuai oleh YBrs. Dr. Norhazni binti Mat Sari, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), serta dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada Bahagian Air dan Marin, Bahagian Teknologi Maklumat, Bahagian Penguatkuasaan dan Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor.
Selain itu, lawatan kerja ini turut disertai oleh 15 peserta daripada pelbagai agensi dan institusi, termasuk:
• Jabatan Peguam Negara;
• Jabatan Hal Ehwal Maritim;
• Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia;
• Agensi Angkasa Malaysia (MYSA);
• Jabatan Kimia Malaysia;
• Jabatan Kimia Negeri Johor;
• Jabatan Laut Malaysia;
• Jabatan Perikanan Malaysia;
• Jabatan Perikanan Negeri Johor;
• Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor (BPENJ);
• KD Sultan Ismail;
• Lembaga Pelabuhan Johor;
• Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Wilayah Selatan;
• Badan Kawalselia Air Negeri Johor (BAKAJ); dan
• Pusat Pencerapan Bumi, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Semasa lawatan, para peserta telah diberi pendedahan mengenai program pengindahan dan pemuliharaan Sungai Segget di bawah Sungai Segget Rejuvenation Project yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Johor. Sesi taklimat ini dikendalikan oleh wakil daripada Majlis Bandaraya Johor Bahru.
Seterusnya, lawatan diteruskan ke Regional Sewage Treatment Plant di mana peserta telah diberi penerangan mengenai operasi RSTP oleh Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK). Selain itu, perancangan Cadangan Loji Rawatan Kumbahan Sungai Segget Fasa 2 telah disampaikan oleh Iskandar Regional Development Authority (IRDA).