PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Mesyuarat

SESI TAKLIMAT MENGENAI PROGRAM DATA ALAM SEKITAR KEPADA KERAJAAN NEGERI

rosmanyah 09/01/2025 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SESI TAKLIMAT MENGENAI PROGRAM DATA ALAM SEKITAR KEPADA KERAJAAN NEGERI
Tahun
2024
Organisasi
Bahagian Air dan Marin, Ibu Pejabat Jabatan Alam Sekitar (JAS)
Lokasi
Johor
Diskripsi
Sesi taklimat ini telah dipengerusikan bersama oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Asman Shah Bin Abd. Rahman, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pembangunan) dan Yang Berbahagia Datuk Nor Yahati binti Awang, Timbalan Ketua Setiausaha (Kelestarian Alam), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES). Turut hadir ialah Yang Berusaha Dr. Norhazni binti Mat Sari, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Dr. Amirul Haffiz bin Ariff, Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor (BPENJ), Puan Roslinda binti Ulang, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Alam Sekitar (NRES), Pengarah Bahagian Air dan Marin, Pengarah Bahagian Penilaian, Pengarah JAS Negeri Johor serta 120 pegawai kanan daripada pelbagai kementerian, jabatan, dan agensi di bawah Kerajaan Pusat dan Negeri Johor. Sesi ini bertujuan memperkenalkan Program Data Alam Sekitar dan objektif pelaksanaannya oleh JAS kepada agensi-agensi di bawah Kerajaan Negeri Johor. Selain itu, sesi ini juga membincangkan langkah-langkah mengukuhkan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Johor dalam menangani isu-isu alam sekitar.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan