Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- Majlis Perpisahan Saudara Putera Haykal Danial, Mystep JAS Negeri Kelantan
- Organisasi
- JAS KELANTAN
- Lokasi
- JAS KELANTAN
- Diskripsi
- Pada 2 Januari 2025, Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan telah mengadakan majlis perpisahan bagi saudara Putera Haykal Danial dari program MySTEP. Majlis ini berlangsung di bilik mesyuarat jabatan dengan dihadiri oleh pegawai dan kakitangan jabatan. Acara dimulakan dengan ucapan penghargaan daripada Pengarah Jabatan yang memuji sumbangan cemerlang saudara Haykal sepanjang tempoh perkhidmatannya. Seterusnya, saudara Haykal menyampaikan ucapan perpisahan yang menyentuh hati, diikuti sesi penyampaian cenderamata sebagai tanda kenangan. Majlis diakhiri dengan sesi jamuan ringan dan bergambar bersama. Kehadiran dan keakraban peserta mencerminkan hubungan kerja yang erat sepanjang saudara Haykal berkhidmat di jabatan ini.