PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti,Bengkel,Program Pengawasan

PROGRAM LAWATAN TAPAK KE TAPAK PROJEK EIA "CADANGAN JANDA BAIK COUNTRY RESORT, JANDA BAIK, MUKIM BENTONG, DAERAH BENTONG, PAHANG"

Arwan 30/12/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM LAWATAN TAPAK KE TAPAK PROJEK EIA "CADANGAN JANDA BAIK COUNTRY RESORT, JANDA BAIK, MUKIM BENTONG, DAERAH BENTONG, PAHANG"
Tahun
2024
Organisasi
JASWPKL & JAS Caw, Temerloh
Lokasi
Janda Baik Country Resort, Janda Baik, Mukim Bentong, Daerah Bentong, Pahang

Penerangan

18 DISEMBER 2024, PAHANG – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar Cawangan Temerloh telah mengadakan Program Lawatan Tapak ke tapak projek EIA " Cadangan Janda Baik Country Resort, Janda Baik, Mukim Bentong, Daerah Bentong, Pahang. Sesi lawatan tapak ini telah diketuai oleh YBrs. Puan Zuraini binti Ahmad Tajudin, Pengarah Negeri JASWPKL, serta dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada JASWPKL dan JAS Cawangan Temerloh. Tujuan lawatan tapak diadakan adalah untuk meningkatkan pemahaman pegawai berhubung perancangan dan pembangunan di kawasan tanah tinggi dan cerun. Semasa lawatan, para peserta telah diberi pendedahan mengenai aktiviti bagi cadangan projek termasuk langkah-langkah kawalan kerja tanah di kawasan tanah tinggi dan cerun. Sesi taklimat ini dikendalikan oleh wakil daripada penggerak projek SITRAC Corporation Sdn. Bhd.. JASWPKL merakamkan ucapan penghargaan kepada JAS Cawangan Temerloh dan penggerak projek di atas kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program yang bermanfaat ini.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan