- Tajuk
- RONDAAN DARAT BAGI OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) DAN PEMANTAUAN EFLUEN DI DAERAH KULIM, KEDAH
21 Disember 2024 – Kulim, Kedah.
Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Kulim telah menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) di kawasan industri Padang Meha serta pemantauan di kawasan Kuala Ketil.
Sementara itu, pemantauan juga turut dilakukan di kawasan Sungai Muda berhampiran Kuala Ketil serta kawasan sekitarnya. Tiada sebarang aktiviti pembakaran terbuka atau pencemaran ditemui semasa rondaan dijalankan. Pemantauan yang dilakukan ini adalah bertujuan mengesan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan berlakunya pencemaran kepada alam sekitar dan risiko kesihatan kepada orang awam termasuk pembakaran terbuka, pelupusan haram buangan terjadual, pelepasan efluen dan pelepasan bendasing ke udara oleh premis-premis yang tidak mematuhi had yang telah ditetapkan oleh JAS.
Kesalahan pembakaran terbuka boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 29A, AKAS, 1974 dan sekiranya sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada dua puluh lima ribu ringgit (RM25,000.00) dan tidak melebihi satu juta ringgit (RM 1 juta) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima (5) tahun atau kedua-duanya sekali dan boleh dikenakan denda tambahan tidak melebihi lima ribu ringgit (RM 5,000.00) bagi tiap-tiap hari kesalahan itu dilakukan selepas suatu notis diserahkan atau boleh dikenakan kompaun dengan suatu jumlah wang tidak melebihi lima puluh peratus(50%) daripada denda maksimum.
- Tahun
- 2024
- Tarikh Keluaran
- 23/12/2024
- Bahasa
- MY