PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti,Bengkel

PERHIMPUNAN BULANAN JAS

najmi 30/12/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PERHIMPUNAN BULANAN JAS
Tahun
2024
Organisasi
JAS
Lokasi
JAS HQ

Penerangan

12 Disember 2024 | Dewan Baiduri YBhg. Dato’ Wan Abdul Latiff Wan Jaffar, Ketua Pengarah Alam Sekitar, hari ini telah menyempurnakan Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 6 Tahun 2024 Jabatan Alam Sekitar. Dalam amanat beliau, YBhg. Dato’ KPAS menyeru seluruh warga JAS agar sentiasa komited dan melihat tugasan daripada dimensi yang berbeza. Beliau turut menggesa semua pihak untuk bersedia menongkah arus cabaran yang lebih besar bagi memastikan Jabatan dapat memberikan sumbangan terbaik kepada negara. Antara pengisian utama perhimpunan kali ini termasuk: • Penyerahan dan Pelepasan (Flag-Off) 16 Unit Kenderaan Baharu Jabatan Kenderaan ini direka khas dengan spesifikasi yang sesuai untuk menyokong operasi pasukan forensik, pasca-EIA, serta penguatkuasaan di kawasan tanah gambut. • Simbolik Penyerahan 14 Unit Gas Analyzer for Petrol Vehicles Peralatan ini diserahkan kepada pasukan pemantauan kenderaan bermotor JAS untuk meningkatkan keberkesanan pemantauan pelepasan kenderaan bermotor. • Penyerahan Kit Forensik Kit forensik diserahkan kepada JAS Negeri dan JAS Cawangan bagi menyokong aktiviti penyiasatan dan penguatkuasaan. • Penyerahan 5 Unit Portable Particulate Sampler dan 8 Unit Multi Gas Analyzer (CEREX) Peralatan ini diserahkan untuk kegunaan operasi pemantauan kualiti udara secara lebih efektif. Turut hadir dalam perhimpunan ini ialah YBrs. Dr. Norhazni Mat Sari, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi); YBrs. Tuan Haji Shafe’ee Yasin, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan); Pengarah-Pengarah Bahagian; serta Pengarah-Pengarah Negeri. Majlis ini mencerminkan komitmen JAS dalam memperkasakan keupayaan operasi serta memperkukuh usaha perlindungan alam sekitar demi masa depan yang lebih lestari.