- Tajuk
- AKTIVITI PEMBERSIHAN PANTAI SEMPENA PROGRAM INTERVENSI PEMERKASAAN KELESTARIAN KOMUNITI TERHADAP PERUBAHAN IKLIM DAN ALAM SEKITAR
- Organisasi
- Kursi Kelestarian UKM-YSD, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM)
- Lokasi
- Kg Tebengau, Kuala Kedah
- Diskripsi
- 4 Disember 2024, Kg Tebengau, Kuala Kedah
Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah tidak melepaskan peluang untuk menjayakan dan memeriahkan program pembersihan pantai di Kg Tebengau, Kuala Kedah.
Program anjuran Kursi Kelestarian UKM-YSD, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) telah dijayakan dengan penyertaan seramai 100 sukarelawan yang terdiri daripada penduduk setempat dan agensi berkaitan. Antara rakan kerjasama dan kolaborasi dalam menjayakan program ini termasuk JAS Kedah, SW Corp, Pejabat Penghulu Mukim Tebengau, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan syarikat konsesi E-Idaman.
Program ini telah dirasmikan oleh Encik Mohd Nazri bin Ramli yang mewakili Puan Pengarah JAS Kedah. Turut hadir sama ialah Puan Ivy Wong Abdullah, Jawatankuasa Penasihat Saintifik Kursi Kelestarian UKM-YSD dan Prof. Dr. Kamisan binti Osman selaku Ketua Program.
Gimik perasmian program iaitu penanaman pokok telah disempurnakan oleh Encik Mohd Nazri bin Ramli sebelum aktiviti pembersihan pantai dijalankan. Jumlah keseluruhan sampah yang berjaya dikumpulkan adalah sebanyak 200kg.
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini. Semoga program ini menjadi pemangkin pembudayaan gaya hidup lestari di kalangan masyarakat dalam usaha mempertingkatkan kesedaran betapa pentingnya menjaga ekosistem alam sekitar khususnya pesisir pantai seterusnya menyokong agenda alam sekitar, sosial dan tadbir urus bagi mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SDG 2030).
"Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama"