PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar

PERBINCANGAN KUMPULAN FOKUS (FGD) BERSAMA PEMEGANG TARUH DAN WAKIL PEMIMPIN KOMUNITI

najmi 30/12/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PERBINCANGAN KUMPULAN FOKUS (FGD) BERSAMA PEMEGANG TARUH DAN WAKIL PEMIMPIN KOMUNITI
Tahun
2024
Organisasi
UKM
Lokasi
HOTEL GRAND ALORA, KEDAH

Penerangan

15 Disember 2024, Hotel Grand Alora, Kedah Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah, Puan Sharifah Zakiah binti Syed Sahab, telah menghadiri perbincangan Kumpulan Fokus (FGD) anjuran UKM - YSD yang berlangsung di Hotel Grand Alora, Kedah. Bengkel ini diadakan untuk mengumpul pandangan daripada pemegang taruh dan wakil pemimpin komuniti mengenai langkah-langkah efektif bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap isu perubahan iklim, termasuk kesannya terhadap kehidupan harian, ekonomi, dan alam sekitar. Selain itu, sesi ini turut membincangkan strategi untuk memperkasakan komuniti dalam menghadapi cabaran perubahan iklim melalui pendidikan, kolaborasi, dan inisiatif lestari. Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada UKM - YSD atas penganjuran bengkel bermakna ini yang menyumbang kepada usaha bersama menangani perubahan iklim. "Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama"

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan