- Tajuk
- Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Pembangunan Program Pencegahan Dan Pemantauan Kebakaran Tanah Gambut serta Kawasan Lain Berisiko Kebakaran Untuk Mengatasi Jerebu di Negeri Kedah
- Tahun
- 2024
- Organisasi
- JAS
- Lokasi
- ALOR SETAR
- Diskripsi
- Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Pembangunan Program Pencegahan dan Pemantauan Kebakaran Tanah Gambut serta Kawasan Lain Berisiko Kebakaran Untuk Mengatasi Jerebu di Negeri Kedah bertempat di Bilik Mesyuarat Utama JAS Negeri Kedah.
Mesyuarat ini yang telah dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah, Puan Sharifah Zakiah Binti Syed Syahab turut dihadiri oleh agensi-agensi luar seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Negeri Kedah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Kedah, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah (JKN), Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) Negeri Kedah, SWCorp, E-Idaman, dan juga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) daripada Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK), dan Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK)
Mesyuarat diadakan untuk menilai keberkesanan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan pada 2024 dan mengenalpasti langkah-langkah proaktif yang boleh diambil oleh JAS Kedah bersama dengan agensi-agensi bagi menangani masalah pembakaran terbuka di Negeri Kedah bagi 2025. Selain itu, isu-isu berbangkit berkaitan aduan pembakaran terbuka juga turut dibincang bagi mencari jalan penyelesaian.