Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- MESYUARAT PENYELARASAN PENGURUSAN KUMBAHAN DI NEGERI KEDAH
- Tahun
- 2024
- Organisasi
- JAS
- Lokasi
- ALOR SETAR
- Diskripsi
- 18 Disember 2024 – Alor Setar, Kedah
Mesyuarat Penyelarasan Pengurusan Kumbahan di Negeri Kedah telah diadakan pada 18 Disember 2024. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengarah JAS Negeri Kedah, Puan Sharifah Zakiah Binti Syed Sahab dan dihadiri oleh wakil-wakil daripada agensi seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Indah Water Konsortium Sdn. Bhd.(IWK) dan Lembaga Sumber Air Negeri Kedah.
Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan isu-isu berkaitan pengurusan kumbahan di Negeri Kedah dan penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009. Keputusan bersama dalam menangani isu-isu mengikut peruntukan undang-undang sediada akan memperkasakan kerjasama dalam tindakan penguatkuasaan mengikut bidang kuasa masing-masing demi mengatasi isu pencemaran air di Malaysia.