PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

PENGURUS DAN PENYELIA KILANG OLEH KIMIA DITAHAN BANTU SIASATAN JAS

nasir.ibrahim 30/12/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENGURUS DAN PENYELIA KILANG OLEH KIMIA DITAHAN BANTU SIASATAN JAS
Tahun
2024
Organisasi
JAS JOHOR
Lokasi
Kawasan Perindustrian Pasir Gudang.
Diskripsi
11 Disember 2024, PASIR GUDANG: Susulan maklumat orang awam berhubung aduan pencemaran Sungai Buloh, JAS Cawangan Pasir Gudang telah menjalankan siasatan ke sebuah premis berasaskan oleh kimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang. Siasatan mendapati terdapat pelepasan efluen berwarna coklat dari sistem pengolahan efluen premis yang gagal berfungsi. Persampelan efluen telah dijalankan dan sampel telah dihantar ke Jabatan Kimia Petaling Jaya untuk analisa. Pihak Majlis Bandaraya Pasir Gudang dan PDRM Balai Polis Pasir Gudang telah bersama-sama JAS dalam pemeriksaan ini. Tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) terhadap premis dikenakan untuk menghentikan pencemaran. Tangkapan di bawah Seksyen 37C, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 terhadap dua (2) Orang Yang Disyaki (OYDS) iaitu Pengurus dan Penyelia Kilang dibuat untuk siasatan lanjut kes berhubung pencemaran ke perairan daratan dan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan