PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Kesedaran

JAS PULAU PINANG HADIR MAJLIS PENUTUP KEMPEN DAN PERTANDINGAN KITAR SEMULA MINYAK MASAK TERPAKAI ANGGOTA KERJA TNB PULAU PINANG

kaswadi 30/12/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS PULAU PINANG HADIR MAJLIS PENUTUP KEMPEN DAN PERTANDINGAN KITAR SEMULA MINYAK MASAK TERPAKAI ANGGOTA KERJA TNB PULAU PINANG
Tahun
2024
Organisasi
Tenaga Nasional Berhad (TNB) Pulau Pinang
Lokasi
BAYAN LEPAS
Diskripsi
20 DISEMBER 2024, BAYAN LEPAS – Tenaga Nasional Berhad (TNB) Pulau Pinang telah mengadakan Majlis Penutup Kempen dan Pertandingan Kitar Semula Minyak Masak Terpakai Anggota Kerja TNB Pulau Pinang yang telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow. Hadir sama, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Dato’ Ir. A. Rajendran, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang, Encik Norazizi Adinan dan Pengurus Besar TNB Pulau Pinang, Ir. Ts. Norhizami Abu Hasan serta semua HOD TNB Negeri Pulau Pinang. Tahniah kepada seluruh anggota kerja TNB Pulau Pinang yang telah berjaya mengumpulkan sejumlah 2,400 kilogram (kg) minyak masak terpakai yang melibatkan penyertaan dari 454 anggota kerja. Semua minyak masak terpakai yang dikumpulkan akan dikitar semula sebagai sumber biofuel (biodiesel). Tidak dilupa juga ucapan tahniah kepada Business Support Office TNB Pulau Pinang dan Persatuan Wanita TNB (Pelitawanis) Cawangan Pulau Pinang atas kejayaan mereka menjadi juara dalam Pertandingan Kempen Kitar Semula Uniform TNB dan Pakaian Terpakai sempena Ulang Tahun TNB ke 75 Tahun peringkat kebangsaan baru-baru ini. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada TNB Pulau Pinang dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kempen ini. Semoga usaha ini dapat mendidik dan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya pemeliharaan alam sekitar untuk generasi yang akan datang.