- Tajuk
- PROGRAM "RENESAS NATURE REVIVE : HERBS GARDEN & WATERFALL POOL CLEAN-UP 2024
- Tahun
- 2024
- Organisasi
- Pertubuhan Nur Salam Wilayah Utara
- Lokasi
- Taman Rimba, Teluk Bahang, Pulau Pinang
- Diskripsi
- GEORGETOWN, 30 November 2024 – Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang telah menyertai program anjuran Pertubuhan Nur Salam Wilayah Utara iaitu program pemuliharaan alam sekitar bertajuk "Renesas Nature Revive: Herbs Garden & Waterfall Pool Clean-Up 2024", dengan kerjasama Syarikat Renesas Semiconductor (Malaysia) Sdn. Bhd.
Program ini berlangsung di Taman Rimba, Teluk Bahang, Pulau Pinang, bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.
Program ini melibatkan 150 peserta yang terdiri daripada pelbagai agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat , Polis Diraja Malaysia, Jabatan Perhutanan, Jabatan Perhilitan Pulau Pinang serta komuniti setempat.
Aktiviti yang telah dijalankan ialah penanaman pokok-pokok herba, pembersihan kolam air terjun, dan pendakian di laluan Monkey-Cup Trail.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pemuliharaan alam sekitar dan menggalakkan komuniti untuk berperanan aktif menjaga ekosistem alam.
Pihak Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang,juga telah menunjukkan demonstrasi proses pemeriksaan kualiti air kolam menggunakan peralatan YSI sebagai sebahagian daripada usaha memberikan kesedaran kepada masyarakat.
Kerjasama pelbagai pihak amat penting dalam memastikan kelestarian alam sekitar dan memberikan impak positif kepada masyarakat.