PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan,Program Pengawasan

PREMIS KITAR SEMULA PLASTIK TERPAKAI TANPA KELULUSAN EIA DIKENAKAN TINDAKAN PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN

kaswadi 30/12/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PREMIS KITAR SEMULA PLASTIK TERPAKAI TANPA KELULUSAN EIA DIKENAKAN TINDAKAN PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN
Organisasi
JASPP
Lokasi
Premis kitar semula plastik

Penerangan

6 Disember 2024, KEPALA BATAS- Pasukan Penguatkuasa Unit SPT 2, Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang telah menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah premis kitar semula plastik susulan aduan awam yang diterima. Hasil pemeriksaan mendapati premis telah menjalankan aktiviti tanpa mendapatkan kelulusan laporan penilaian kesan kepada alam sekeliling (EIA) di bawah Seksyen 34A(2), AKAS 1974. Tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) dibuat di bawah seksyen 38A(1)(a), Akta 127 bagi menghentikan pencemaran serta-merta. Orang ramai boleh membuat sebarang aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke [email protected] atau ke portal aduan https://[email protected]

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan