PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

LAWATAN TAPAK CADANGAN PROJEK EIA OLEH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA

nursyuhada 30/12/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAWATAN TAPAK CADANGAN PROJEK EIA OLEH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA
Tahun
2024
Organisasi
JAS NEGERI MELAKA
Lokasi
MELAKA
Diskripsi
19 DISEMBER 2024, MELAKA TENGAH - Satu (1) lawatan ke tapak cadangan projek “Cadangan Menambak Laut Seluas 120 Ekar (48.5631 Ha) Dan Kawasan Air (Tanpa Penambakan) Seluas 22.26 Ekar (9.0091 Ha) Di Mukim Tanjong Kling, Daerah Melaka Tengah, Melaka Melalui Penswastaan Kepada Tetuan Kumpulan Melaka Berhad (KMB)” telah diadakan pada 11 Disember 2024 yang lalu untuk melihat kesesuaian cadangan projek tersebut di atas tapak yang di cadangkan bagi tujuan pemprosesan Laporan EIA. Lawatan tapak telah dihadiri oleh wakil Bahagian Pembangunan (Unit EIA), JAS Negeri Melaka, wakil Penggerak Projek (Kumpulan Melaka Berhad) dan Jururunding EIA (Ciri Selasih Sdn Bhd). Hasil pemerhatian di tapak projek semasa lawatan tapak dijalankan, didapati: (i) Kawasan tapak cadangan adalah terletak di Mukim Tanjong Kling, Daerah Melaka Tengah, Melaka. (ii) Keadaan terkini kawasan tapak cadangan tiada aktiviti-aktiviti kerja tanah dijalankan semasa lawatan tapak. #KementerianSumberAsliDanKelestarianAlam #JabatanAlamSekitar #AlamSekitarTanggungjawabBersama #JAS